Ahad, 24 Mei 2009

TOYOTA HILUX ROAD SHOW 2009

Toyota Hilux Road Show 2009.

Pada 23 dan 24hb Mei 2009, artistari BAYU UNIMAS telah mengadakan persembahan kebudayaan di pameran ini. Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil semasa dan selepas persembahan. Tarian yang dipersembahkan adalah dari semua suku kaum di Sarawak.


ARTISTARI BAYU UNIMAS
BELAKANG: wayne, serina, bell

DEPAN: sis zizie, mamat (efi), mimique, anne


ARTISTARI LELAKI
wayne, mamat (efi), bell, mimique


ARTISTARI WANITA
sis zizie, serina, anne





Persembahan ini juga merupakan persembahan yang terakhir kepada salah seorang artistari BAYU UNIMAS kerana beliau akan meninggalkan bumi kenyalang untuk pulang ke kampung halamannya di Kluang, Johor dan dijangka bergraduat pada bulan Ogos, 2009. Tahniah dan selamat tinggal diucapkan kepada Hambali Bin Tumiran (bell).



BELL (HAMBALI)


Selasa, 19 Mei 2009

k e r a t a n a k h b ar



p e n c a p a i a n b a y u t a r i

1. Johan Festival Tari Makum (2001 dan 2003)
2. Johan Festival Tari Sarawak peringkat Bahagian Samarahan (2001, 2003 dan 2005)
3. Johan Festival Tari Sarawak Peringkat Negeri Sarawak (2001, 2003 dan 2005)
4. Johan Festival Tari IPT Kuching/Samarahan (2000 dan 2001)
5. Memenangi Anugerah Kostum Kreatif Terbaik Festival Tari Makum (2001, 2003 dan 2006)
6. Memenangi Anugerah Koreografi Kreatif Terbaik Festival Tari Makum (2001 dan 2003)
7. Memenangi Anugerah Tarian Asli Terbaik, Koreografi Asli Terbaik dan Kostum Asli Terbaik di Festival Tari Peringakat Negeri Sarawak ( 2005)
8. Memenangi Anugerah Seni Kelab Cemerlang MAjlis Anugerah Makum 2002
9.Johan Aspirasi Tari Buluh di Universiti Utara Malaysia (2005)
10. Johan Festival Tari Malaysia Peringkat Zon Kuching/ Samarahan (2008)
11. Naib Johan Festival Tari Makum (2006 dan 2008)
12. Naib Johan Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak (2008)
13. Membuat Persembahan di National Univesity of Singapore sempena Asean University Arts Festival (2001)
14. Mengadakan persembahan di Kedutaan Malaysia di Pontianak sempena sambutan Kemerdekaan ke-46 (2004)
15. Pemenang Anugerah Kumpulan Harapan di Festival Zapin Makum di UPM (2008)
16. Bersama kontijen negeri Sarawak membuat persembahan sempena Perarakan Citrawarna (2002, 2003, 2004, 2005 dan 2008)
17. Mewakili Malaysia ke Turki sempena
~ Uskudar International Folkflore Festival, Istanbul Tukri (2006)
~ Taskopru Garlic Festival, Taskopru, Tukri (2006)
~ Cubuk Pickles Festival, Cubuk, Turki (2006)
18. Mewakili Malaysia bersama ASWARA dan Kuching Dance Academy menyertai 1st Workshop Dance Xchange di Dumaguete, Philipina (2009)

Isnin, 18 Mei 2009

k o l e k s i a b a d i



Kumpulan BAYUTARI bergambar bersama piala pusingan pertandingan tarian anjuran KPSU pada tahun 2005. Kumpulan ini telah melakar dan mencipta sejarahnye tersendiri apabila muncul sebagai kumpulan yang pertama memenangi pertandingan ini selama tiga tahun berturut-turut (2001-di Sarikei, 2003-di Kuching, 2005- di Bintulu). Sekarang piala tersebut tersergam indah ditempatkan didalam pejabat Unit Kebudayaan dan Kesenian, HEP UNIMAS.
Pada 28 hingga 1hb Mei 2009, Badan Budaya UNIMAS (BAYU Tari) telah mewakili Malaysia bersama ASWARA dan Kuching Dance Company ke 1st NCCA International Dance Festival (Dance XChange) di Damaguete,Manila, Filipina. Seramai 10 orang termasuk pegawai dan koreografer mengikuti delegasi ini. Dance XChange ini dianjurkan oleh Province of Negros Oriental, NCCA, NOBDFI.


p e r t a n d i n g a n t a r i a n s e k o l a h m e n e n g a h b a h a g i a n k u c h i n g 2 0 0 9

Pada 11, 12, dan 13 hb Mei, 2009, satu pertandingan tarian sekolah menengah peringkat bahagian Kuching telah diadakan di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, Institut Perguruan Batu lintang. Dua orang artis tari BAYU telah diamanahkan untuk mengajar salah sebuah dari sekolah yang bertanding iaitu SMK Pending. SMK Pending telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Disini ditunjukkan keputusan keseluruhan pertandingan tersebut:

1. Johan – SMK Pending
2. Naib Johan – SMK TAH Openg
3. Ketiga – SMK Lundu
4. Keempat – SMK Siburan
5. Kelima – SMK Paku
6. Keenam – Sekolah Seni Kuching
7. Tarian Rampaian Terbaik – SMK Pending
8. Tarian Etnik Terbaik – SMK TAH Openg
9. Busana Terbaik – SMK Paku



BELAKANG: baby,mimique,hunsen,sue,alex,wayne a.k.a sha, nandez, nazri, terence, pending principal, cikgu kate, cikgu ____, cikgu hamid
DEPAN: rofina,amy,wati,ekin, wani



BELAKANG: mimique, cikgu hamid, terence, nazri, nandez, alex, cikgu ____, cikgu kate, wayne a.k.a sha
TENGAH: wati, rof, amy, wani
DEPAN: hunsen, ekin

s a l a m a t p o '

Akhirnya...BAYU tarian mempunyai blognya yang tersendiri. Untuk pengetahuan audiens, blog ini akan memaparkan segala aktiviti atau pertandingan yang telah dan akan disertai oleh BAYU tarian. Hope u'll enjoy 2 explore dis site...